OBJEKTIF PENUBUHAN
Di atas kapasiti pengurusan harta pusaka, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd ialah satu-satunya syarikat milik penuh orang Islam di Malaysia. Ia ditubuhkan dengan objektif penubuhan seperti berikut :
1. |
Berdakwah kepada masyarakat Islam menegakkan Sunnah Rasulullah SAW melalui instrumen perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah. |
2. |
Mewujudkan satu platform bagi umat Islam merancang dan mengurus harta pusaka mereka secara efektif dan cekap melalui kaedah Syariah sepenuhnya. |
3. |
Mendaulatkan kaedah perancangan harta pusaka Syariah dengan penggunaan maksima instrumen-instrumen Syariah seperti Dokumen Hibah, Dokumen Wasiat Islam, Dokumen Harta Sepencarian, Dokumen Amanah dan Dokumen Waqaf. |
4. |
Memelihara keharmonian dan kerukunan institusi kekeluargaan dengan penekanan kepada perhubungan silaturrahim waris selepas kematian pelanggan. |
5. |
Meringankan beban waris dengan membantu mereka melalui proses tuntutan harta pusaka dengan cepat dan pada kos yang paling minima. |
6. |
Mewujudkan satu peluang keusahawanan baru yang inovatif dan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada penggeraknya. |