Misi Dan Visi
Syarikat Perancangan Dan Pengurusan Harta Secara Syariah Yang Utama di Malaysia Yang Memberikan Perkhidmatan Peribadi Cemerlang

PRODUK WASIYYAH SHOPPE: PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

A.PENYEDIAAN DOKUMEN PERANCANGAN HARTA PUSAKA

Sekiranya anda berhasrat untuk mengagih-agihkan harta pusaka anda mengikut formula atau hasrat anda, Wasiyyah Shoppe boleh membantu anda untuk melaksanakan hasrat tersebut melalui dokumen-dokumen seperti berikut :

Dokumen Wasiat Islam

Di atas kapasiti pengurusan harta pusaka, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd ialah satu-satunya syarikat milik penuh orang Islam di Malaysia. Ia ditubuhkan dengan objektif penubuhan seperti berikut :

 

     
  Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya anda berhasrat untuk memberikan harta pusaka anda kepada bukan waris sehingga tahap maksima 1/3 .

Bukan waris di sini merujuk kepada individu yang tidak menerima harta pusaka anda mengikut Hukum Faraid seperti anak angkat, cucu, anak saudara atau sesiapa sahaja. Bukan waris di sini juga boleh terdiri dari Masjid, Surau, Rumah Anak Yatim atau apa-apa sahaja pertubuhan kebajikan.

Tujuan Wasiat Islam dibuat ialah sebagai amal jariah si mati selaras dengan Sabda Rasulullah SAW bahawa salah satu dari perkara yang tidak putus dari seorang anak adam itu selepas dia meninggal dunia ialah amal jariah.

Di Wasiyyah Shoppe, dokumen ini boleh disediakan secara PERCUMA untuk anda

 
     

Dokumen Hibah

 

     
  Definisi Hibah

Pemberian harta dari Pemberi Hibah kepada Penerima Hibah semasa hayatnya dengan tidak mengharapkan sebarang balasan serta dibuat di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.

 
     

 

     
  Penerima Hibah pula boleh terdiri dari sesiapa sahaja baik waris, bukan waris, orang yang berlainan agama mahupun organisasi. Apa yang lebih menarik mengenai Hibah ialah pemberian dibuat semasa hidup tetapi pindahmilik hanya dibuat selepas kematian.

Hibah yang diberikan oleh ibu / bapa / datuk / nenek kepada anak / cucu pula boleh ditarik pada bila-bila masa. Wasiyyah Shoppe telah melaksanakan modul ini semenjak tahun 2004 dan ia telah mendapat lebih dari 30 perintah penghakiman Mahkamah Syariah yang mengesahkan bahawa modul perlaksanaan ini adalah SAH MENGIKUT HUKUM SYARAK.

Dengan nilai aset yang dijangka akan dibantu urus oleh Wasiyyah Shoppe mencecah sehingga RM 500 juta dan lebih dari 1200 orang Penghibah, Wasiyyah Shoppe ialah Organisasi Peneraju di dalam penyediaan dan perlaksanaan Hibah di Malaysia.

 
     

Dokumen Harta Sepencarian

 

     
  Dokumen ini disediakan bagi melindungi hak pasangan sama ada selepas bercerai hidup ataupun bercerai mati. Dengan penyediaan dokumen ini, suami/isteri boleh membantu pasangan mereka untuk menuntut sehingga 1/2 dari harta mereka.

Tanpa dokumen ini, pasangan masih boleh menuntut hak harta sepencarian mereka namun mereka terpaksa melalui proses pembuktian dari segi dokumen mahupun saksi di Mahkamah Syariah dan kebiasaannya proses ini memakan masa yang panjang serta kos yang tinggi.

Jadi, anda sayangkan pasangan anda ? Sediakan Dokumen Harta Sepencarian anda hari ini.

 
     

Dokumen Amanah

 

     
  Anda mungkin seorang pemilik perniagaan atau pemilik wang tunai di dalam akaun pelaburan. Anda tentu mahukan selepas pemergian anda kelak, perniagaan dan wang tunai ini diagihkan kepada orang-orang tertentu yang anda ingini.

Jika inilah hasrat anda, Dokumen Amanah ialah dokumen yang mesti anda sediakan bagi mencapai hasrat ini. Wasiyyah Shoppe telah membantu lebih dari 500 orang Islam telah merancang harta mereka melalui kaedah ini dan ia telah terbukti berkesan dari segi undang-undang.

 
     

 

B.PERKHIDMATAN RUNDINGCARA (CONSULTATION) PERIBADI PERCUMA KEPADA WARIS

Wasiyyah Shoppe ialah satu-satunya organisasi di Malaysia yang memberikan perkhidmatan rundingcara peribadi secara PERCUMA kepada waris. Apabila berlaku kematian kepada pelanggan, waris hanya perlu menghubungi Wasiyyah Shoppe melalui TELEWASIYYAH dan kami akan menghantar wakil bertemu waris di rumah pada bila-bila waktu tidak kira siang atau malam, 7 hari seminggu termasuk hari Sabtu, Ahad atau cuti umum di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia dari Perlis sehinggalah ke Johor.

Waris tidak perlu mengambil cuti pada hari bekerja atau datang beramai-ramai ke pejabat Wasiyyah Shoppe kerana Wasiyyah Shoppe yang akan hadir ke rumah bertemu waris untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan proses tuntutan harta pusaka si mati.

Pastinya yang lebih hebat ialah kerana perkhidmatan yang bernilai RM 400 sejam ini, diberikan secara PERIBADI DAN PERCUMA kepada waris. Anda pastinya tidak akan mendapat layanan peribadi sebegini kecuali jika ibu / bapa anda antara orang yang terkaya di Malaysia !

 

C.PERKHIDMATAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Ada ahli keluarga anda telah meninggal dunia ? Anda bingung kerana anda tidak tahu ke mana harus anda tuju bagi menuntut harta pusaka yang mereka tinggalkan seperti tanah, rumah, ASB, ASN, saham perniagaan dan harta-harta yang lain?

Anda boleh menghubungi TELEWASIYYAH dan kami boleh membantu anda. Malah anda mungkin terperanjat apabila anda menerima perkhidmatan ini secara PERCUMA!

 

Total Touch