Misi Dan Visi
Syarikat Perancangan Dan Pengurusan Harta Secara Syariah Yang Utama di Malaysia Yang Memberikan Perkhidmatan Peribadi Cemerlang

KELEBIHAN WASIYYAH SHOPPE

Keberkesanan dokumen yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe telah terbukti berkesan di Mahkamah apabila lebih dari 30 perintah penghakiman Hibah telah diperolehi dari Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia dengan 50 kes pusaka telah diselesaikan dalam tempoh purata antara 4 hingga 6 bulan sahaja.

Dengan 14 jenis produk dan perkhidmatan, Wasiyyah Shoppe menawarkan produk dan perkhidmatan yang paling komprehensif di Malaysia. Hampir kesemua jenis aset boleh dirancang pewarisannya di Wasiyyah Shoppe malah melalui kolaborasi strategik (strategic collaboration) dengan syarikat amanah antarabangsa (international trust company), pelanggan yang mempunyai aset di luar negara juga boleh merancang pewarisan aset mereka di Wasiyyah Shoppe.

Ramai waris dan pelanggan telah menikmati manafaat dari perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dan mereka telah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan seperti pada testimoni di dalam laman web ini.

Wasiyyah Shoppe ialah satu-satunya organisasi di dalam industri yang memberikan perkhidmatan peribadi dengan berkunjung ke rumah bertemu waris pada bila-bila waktu apa hari sekalipun untuk memberikan khidmat rundingcara pengurusan harta pusaka. Apa yang waris mesti lakukan hanyalah menghubungi TELEWASIYYAH dan Wasiyyah Shoppe akan menghantar wakilnya ke rumah.

Wasiyyah Shoppe menyedari hakikat bahawa di dalam industri hari ini, fi pengurusan pusaka sehingga 5% yang dikenakan kepada waris adalah satu bebanan yang amat berat untuk ditanggung. Oleh itu kesemua produk dan modul perkhidmatan Wasiyyah Shoppe telah dibentuk supaya waris menerima perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara PERCUMA !

Wasiyyah Shoppe berdaftar sebagai Francaisor dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) di bawah Akta Francais 1998. Ini bermakna operasi Wasiyyah Shoppe dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan sekaligus menambahkan keyakinan pelanggan.

Wasiyyah Shoppe menjadikan objektif menegakkan Sunnah Rasulullah SAW di dalam industri sebagai sasaran utama dan kerana itu segala operasi syarikat adalah mematuhi prinsip Syariah sepenuhnya seperti yang dipantau oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe.

Wasiyyah Shoppe adalah organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam sekaligus menjadikan nawaitu perjuangannya jelas dan tepat.

Total Touch